Sunday, May 27, 2012

~~ Pulau Perhentian Part 2 ~~

Assalammualaikum..

Bersambung kembali citer aku tentang percutian ke Pulau Perhentian yang lalu. Cakap banyak pun tak guna kan? Jadi apa le salahnya korang layan je la gambar2 ni sambil mentafsirkan sendiri... Tafsir perkara yang baik2 je tau.. Yang buruk2 tak mo tak mo tak mo. Jangan ikut perangai syaiton!

pepagi buta dah kuar mencari makan bersama Adib...


Peace no war! (cam dah tak ada pose lain nak wat)


Aniq ngan muka tak pueh ati sebab kena bangun awal
semata2 utk makan. huh!

ibu kucing! leh geng ngan Abu Hurairah


"peacccceee. kami bukan kembar tau"
posing dua beradik nie tetap sama
ramai yang sangka kembar
tapi derang tak tau sowang lahir ikut "pintu"
sowang lahir ikut "tingkap"
yang pasti berlainan tahun

eh?aku pun dah kenan ngan habit anak2 wat peace
apa nak wat
gaya tu je yang membuatkan aku nampak chomel
puii!

nana and wawa
perasan lawa le tuh
\(^_^)/

dalam bot menuju ke pulau perhentian
tiga dara ni leh jadi model/duta Ray Ban


apa agaknya yang kelebek tu ek?
aku cam behsa
walaupun cuak dok dalam bot
time bergambar, muka kena cover chun!

adib leh tido lak
ish! tak adventure langsung anak aku nih

dalam "teksi" untuk ke Floral Bay 2
kira dah sampai ke pulau time ni
adib pun dah boleh senyum


okeh.. setakat ni je dulu. nanti kita sambung part 3 lak ek.. chaw amigos!



Sunday, May 20, 2012

~~ Pulau Perhentian Part 1~~

Assalammualaikum...


Aku sebenarnya tak tau macamana nak citer kat korang camner aku dan keluarga telah pergi bercuti kt Pulau Perhentian pada 10.5.2012 till 14.5.2012. Banyak sangat kenangan manis, masam, masin, kelat, tawar and soever kami lalui bersama-sama. Biasa le aku kan pergi ngan hero2 melaya aku jer... Hubby kena tinggal jaga anak dara aku. Kesyian....

Ok balik ke tajuk asal, citer banyak pun tak guna kan kan kan?? hah hamek korang..Tengok le gambar2 nie sampai korang muntah.Sila lah jeles ( bujet macam aku sorag je yg mampu g bercuti kan..)


sebelum memulakan perjalanan, harus le bersantai gedix dulu. Sila abaikan hasil kerastangan yang ada kt didnding belakang aku tuh..


asal tayar keter bergolek jer si teruna aku ni mesti nak kecikkan mata


posing dalam keter
sori adib...ummi terlebih suda


muka ceria bila dah samapai ke Besut..
gambar ni di ambil depan surau kayu yang tersangat chantek...

ini lah ahli2 rombongan ku, my mom, izzati, nad, nana dan hero2 melaya ku...
ni chalet Pantai Air Tawar, Besut. eh? Naper gambar ayah tak ada ek???

huh!aku yang tembun!


Aniq yang hepi bila dah jumpa laut. Senyum pelsu!


Nad yang sedang memujuk Adib untuk turut serta main air laut.
Hero aku ni nampak brutal tapi dalam ati ada taman. Penakut rupanya..

Yeyyyy... Lagend aku berjaya dicuri gambarnya ketika sedang elok bermain ombak bersama gelprennya. Jangan harap la dia nak posing ke nak senyum ke. Lebih elok amik gambar curik2 macam paparazi amik gambar retis tu kan...

Aksi mengedikskan diri by Nad and Haku.eiiii gemoks nya haku...
Menci menci!!!

Adex and Nadx.. 
(apahal laks ada penambahan huruf X pada ejaan nama mereka2 itew)

Hepi giler dapat merialisasikan impian pergi berchuti dengan duit sendiri.
Aku tak tipu hokey. Jenuh mengikat perut dow


Nana yang jakun bila melihat menatang umang2 sambil dikutuk oleh mak
(tu le belajor tinggi sangat...umang2 pun tak kenai)

jari-jari ini semontel tuannya

bersama Wawa. Psal dia le kami terpaksa menjejaki Besut. Dia salah sorang guide tour kami sepanjang berada  di Besut dan Pulau Pernentian. TQ Wawa...
sayang wawa geram geram


Mak dan adik2ku yang senget bersama mak wawa


yang pakai baju puteh tu abahnya si wawa, Pakcik Lan. Entah apa le dia dok melabun ngan ayah aku sambil2 menikmati angin malam di tepi laut


SMILE!!!!


korang nampak jelas tak kesengetan adik aku yang dua orang tu?
entah perangai sapa le yang diikutnya.
aku yang tembun macam behsa kontrol ayu


Itu saja setakat ni. Ada lagi citer yang nak aku abadikan dalam blog ni. Ada masa aku sambung lagi. Terima kasih kerana sudi membaca...

Bye










Sunday, May 6, 2012

~~ Berdoalah ~~

Mood bertazkirah....

Doa itu senjata org beriman. Doa yg cepat di makbulkan adalah tanda Allah syg kpd kita. Doa yg lambat di makbulkan adalah tanda Allah uji kesabaran kita. Doa yg tidak dimakbulkan, tanda Allah mahu memberi yg lebih baik drp yg dipohon. Maka jangan sesekali kita bersangka buruk kpd Allah. Jika kita berdoa dgn khusyu', yakin yang Allah akan makbulkan doa kita, insya Allah doa makbul. Tapi setiap doa wajib disertakan usaha yg terbaik, niat yg suci lagi murni & tawakka serta berserah kpd Qada & Qadar Allah. 

gambar dari Pakcik Google

Friday, May 4, 2012

~~ Minum Air Banyak-banyak Tau ~~

Korang tau brp kali aku toilet dalam satu hari??
kalau aku dok kira2 lebih dari 10 kali!
aku memang GILER minum air masak..
salah satu sebab kenapa aku kena banyak minum plain water adalah kerana
aku sedang mengamalkan Herbalife dan Shaklee..
dua2 makanan kesihatan ni kalau aku tak minum air yg banyak leh menyebabkan 
aku demam kekadang berpeluh tak tentu hala...
ermm rasa nak putus nyawa pun ye jugak...
auta sungguh aku ni kan kan kan????


air kan elok untuk badan kita.. mengelakkan hidrasi.. tapi aku tak kira panas ke sejuk ke sakit ke air kosong tetap pilihan aku... 
time tengah bertarung meneran (bersalin) mengeluarkan anak pun aku tetap mintak
 air kosong kt misi...hehehehe...
kering tekak ko...
 taksub sungguh aku ek..


selain dari itu minum air kosong pun boleh mencantikkan kulit kita... aku sememangnyaobses dgn keCHANTEKan ini, maka dari 3 liter setiap hari aku minum air, aku up kan lagi kepada 4 liter...mungkin juga aku akan berusaha meng"up"kan lagi ke 5 liter huuhuhu...
nak cantik punya pasal aku sanggup berulang ke toilet sebanyak 20 kali...
mak sanggup je nyah!
tak perlu banyak cocok botox, cocok kolegen ke vit. C ke or wat eber, hanya minum plain water, insya alah kulit kita akan menjadi lembab dan shantek...
wahhhhhh.... I loike!

minum air kosong jugak leh menguruskan badan... yang ni aku memang suka... bila kita banyak minum air ia akan mengeluarkan toksin dalam badan kita. jadi air akan meneutral balik badan kita... bertambah lagi sukanya aku dgn fakta ni sebab aku ni kaki makan... tu pasal badan aku bam bam!
prinsip aku simple je... banyak makan maka kena lah byk minum utk membuang balik toksin yg ada dlm badan... 
sebenarnya ku pun kurang pasti boleh ke aku mengecilkan badan ni dengan minum air kosong jer???
tapi kalu tak cuba kita tak tau kan???
orang lain boleh kenapa tak aku???
hohohoho (gelak jahat)

so...kepada kome2 yang nak sihat dan cantik, sila lah minum air secukupnya ek...


Sunday, April 29, 2012

~~ Terharu... ~~

Ceh! ayat tajuk je dah tak leh blah.. semalam besday aku kan... ingatkan dh tua2 ni dh tak ada org nk wish, dh tak ada org nak bagi prezen... rupanay ada juga insan yg baik/murah hati mengirimkan prezen kat aku... Tudung Nurjuma aka AJ... 3 helai di hadiahkan oleh adinda terchenta, Wardah... puas le melaram peh ni... atau perlukah aku mencari baju baru untuk dipadankan dengan tudung tu? macam le byk duit sgt!huhuhuhu... sikap boros yg tak boleh dikikis! 
Terima kasih tak terhengga kepada Adinda ku Wardah kerana sudi menghadiakan kpd akak kamu ni... aku suka sangat ngan tudung2 itu... I lap ya!!!




Saturday, April 28, 2012

~~ Selamat Hari Lahir ~~

Alhamdulillah... panjang lagi usia aku sehingga ke hari ini... masih di benarkan bernafas dan melihat insan2 tersayang di depan mata... semoga pada usia ini bertambah lagi amal ibadah, dimurahkan lagi rezeki berlipat ganda dan yang paling penting dikurniakan kesihatan yang baik untuk melihat anak2 membesar, untuk berbakti kepada suami serta mak dan ayah.... aminnnn...


gambar dari Pakcik Google



ada sesapa yg sudi hadiahkan aku besday kapkek mcm gambar atas ni tak??? i luv cup cake! hehehehehe... (dah tua tak sedar diri...ngeh ngeh ngeh)

Friday, April 27, 2012

~~ Family Day ~~

Bulan Mei nanti aku bakal mengikut family aku bercuti kat Pulau Perhentian, Terengganu... sedihnya percutian ni Laling (tukar gelaran le pulok) aku dan Nurina tak pegi... Alasan yang Laling aku bagi:-

1. Dia dah penah pegi ke sana untuk aktiviti tahunan anjuran pejabat dia... (masalahnya dia pergi tanpa aku n anak-anak...waaaaaaa)

2. Nak pegi ke pulau tu tak sesuai nak bwk budak kecik macam Nurina... takut nanti "ketegor" pulak... haish! macam2 alasan yang diberi...

Maka dengan itu, dia beri kebenaran pada aku untuk pegi bersama2 family, mak, ayah, adik, Nana & Wawa berserta dua orang bodyguard aku Aniq dan Adib... rasa tak bermakna percutian ni tanpa suami dan puteri hati aku tu... tapi peluang ni bukan selalu dapat... ayah dah volentier nak bawak kami bertiga... macam yang adik aku pernah kata "kamu bukan selalu pegi berjalan2 pun..." hurmmmm.... hati berbelah bahagi... layan je lah gambar2 kat bawah ni ek


gambar dari Pakcik Google

cantiknya kejadian tuhan ek

uiiii...tgk airnya...jernih siot

antara challet yang ada

mungkinkah challet ini bakal diduduki oleh kami?

p/s: sedang berusaha memujuk hati yang sedang gundah gulana... gediks jew ayat ni kan??? bikin uols muntah ijo!